TERKINI : Nilai RM2juta Seolah-olah ‘wang poket’ Kepada Saya – Ku Nan

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan, beliau tidak perlu mengambil RM2 juta untuk kegunaan peribadi, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Menurut Bendahari UMNO itu, beliau sendiri merupakan ahli perniagaan yang cukup berjaya sebelum menceburi bidang politik dan nilai RM2 juta itu seolah-olah ‘wang poket’ bagi dirinya.

Ketika sesi pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Hamzah di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, Ahli Parlimen Putrajaya itu sekali menegaskan, wang yang diterima dari Pengarah Urusan Tan Sri Chai Kin Kong itu adalah derma politik.

“Ia (RM2 juta itu) tidak (mempunyai nilai terlalu tinggi). Bagi saya ia seperti wang poket sahaja,” katanya seperti dilapor oleh Astro Awani ketika ditanya adakah amaun yang dimaksudkan itu mempunyai nilai yang tinggi untuk beliau.