Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengingatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) supaya tidak memandang ringan peperiksaan berkenaan kerana ia menjadi ‘tiket’ penting menentukan hala tuju masa depan.
Beliau berkata, keputusan yang baik membuka peluang melanjutkan pelajaran dan membina kerjaya, termasuk memenuhi keperluan tenaga mahir industri di Melaka.
Kerajaan negeri turut memperuntukkan lebih RM196 juta bagi pembangunan prasarana pendidikan dan pemerkasaan modal insan yang memberi manfaat kepada lebih 140,000 anak Melaka.















