TERKINI : Sibuk di Mahkamah, Tidak Mahu Jawatan Kerajaan – Najib Razak

Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terfikir memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan baharu memandangkan keutamaan beliau sekarang hanyalah mahu membersihkan nama daripada tuduhan-tuduhan di mahkamah.

Dalam satu temu bual bersama Reuters, bekas perdana menteri berkata, perbicaraan tersebut turut menyebabkan beliau tidak ada masa yang mencukupi untuk keluarganya termasuk isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akibat kekangan masa.

Rosmah juga ketika ini sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah. Selain di mahkamah, Najib juga banyak menghabiskan masa untuk bertemu rakyat di seluruh Malaysia dengan personaliti yang lebih merendah diri berbanding ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dahulu.