Bekas pegawai PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), Xavier Andre Justo meninggalkan Yayasan Kepimpinan Perdana selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 21 MEI 2018.
Xavier Andre Justo

KUALA LUMPUR – Pemberi maklumat warga Switzerland, Xavier Andre Justo yang membantu mendedahkan isu salah laku 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah meninggalkan Malaysia.

Melalui sebuah pesanan WhatsApp yang dihantar beliau kepada Astro AWANI, beliau menyatakan sebab beliau membuat keputusan meninggalkan Malaysia adalah kerana risau tentang keselamatan keluarganya berikutan perubahan kerajaan Pusat baru-baru ini.

“Kami telah banyak menderita dan tidak mampu untuk mengambil risiko dalam memperbahayakan diri kami dengan terus berada di negara ini.

Justo juga menyatakan keyakinannya bahawa Malaysia akan bangkit dengan kerajaan yang demokratik, dan ingin mengucapkan terima kasih kepada kesemua orang yang telah membantu dia dan keluarganya.

“Semoga Tuhan memberkati kamu semua,” Justo menambah.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/xavier-andre-justo-tinggalkan-malaysia-risau-keselamatan-keluarga-232675

Sebelum ini, Justo telah menjadi watak penting dalam mendedahkan isu 1MDB dan telah menjadi saksi penting dalam siasatan 1MDB.

Pada 1 Februari 2019, Justo menerima AS$2 juta (RM8.2 juta) daripada Pengerusi Kumpulan Media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong sebagai ‘hadiah’ atas bantuannya mendedahkan isu salah laku 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Awani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.