KUALA LUMPUR – Seekor harimau belang ditemui para pekerja di ladang kelapa sawit Sime Darby di Bahau, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Binatang liar itu bagaimanapun tidak menganggu pekerja ladang dan penduduk.

Dalam video yang tular, beberapa pekerja ladang menyuluhnya.

Ada antara mereka meminta haiwan itu pergi dan kembali ke kawasan hutan dengan membahasakan harimau berkenaan sebagai ‘atok.’

“Atok, atok keluar tok balik semula ke tempat asal, sebab diaorang (pekerja ladang) nak kerja kalau diorang nampak atok diorang takut,” jerit salah seorang pekerja.

Sebaik sahaja selepas itu, harimau berkenaan bergerak perlahan-lahan tanpa kelihatan takut berjalan ke arah hutan di sebelah kenderaan pekerja ladang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast