KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji menangguhkan pengumuman hibah kerana masih menunggu kelulusan daripada Perdana Menteri baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

TH dijadualkan membuat pengumuman tersebut hari ini.

The Edge memetik sumber yang enggan dinamakan berkata, tiada sebarang tarikh baharu yang telah ditetapkan setakat ini.

“Jika Perdana Menteri memberi kelulusan, kami merancang untuk membuat pengumuman sekitar minggu depan,” kata sumber berkenaan.

Mengikut Akta Tabung Haji 1995, badan tersebut perlu mendapatkan kelulusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebelum boleh mengisytiharkan hibah.

Bagaimanapun, menteri tersebut, Datuk Seri Mujahid Yusoff telah dibatalkan pelantikannya pada 24 Februari susulan peletakan jawatan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Selepas tertubuhnya kerajaan baharu pada Ahad lepas, Muhyiddin masih belum mengumumkan barisan Kabinetnya sekali gus menyebabkan beliau bertanggung jawabterhadap kesemua kementerian dan jabatan kerajaan sehingga Kabinet ditubuhkan.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Mudah-mudah lebih baik daripada tahun lalu. Kita hampa dengan 1.25 persen di era PH. Semuanya salah Mujahid. Alhamdulillah, sekarang ini, umat Islam rasa lega bahawa aset-aset TH yang masih ada tidak akan dijual. Yang lagi bagus, dapatkan (recover) semula aset-aset yang sudah dijual. Saya tak boleh berfikir macam mana Mujahid boleh berkerjasama dengan puak-puak DAP untuk menjual aset-aset TH. Bagi saya, ini merupakan suatu perbuatan khianat terhadap umat Islam di negara ini. May God save and bless Malaysia.

  2. Ramai yang hairan macam mana Mujahid boleh berkerjasama dengan puak-puak DAP untuk menjual aset-aset TH, bagai dicucuk hidung?

    Betul2 belaan DAPigs?

Comments are closed.