kenyataan Pengarah Kesihatan Melaka menafikan berita palsu kononnya UitM Alor Gajah rekodkan kes positif Covid-19 hari ini

KUALA LUMPUR – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka hari ini menafikan dakwaan bahawa satu kes positif Covid-19 (koronavirus) telah dikesan di Universiti teknologi Mara (UiTM), Alor Gaja Melaka, dekat sini.

Pengarahnya, Dr. Ismail Ali berkata, penularan berita itu dalam aplikasi WhatsApp adalah tidak benar dan tidak berasas.

“Jabatan ingin menjelaskan bahawa kenyataan WhatsApp yang tular berkenaan satu kes positif Covid-19 di UiTM Alor Gajah adalah tidak benar.

“Setakat ini tiada kes positif Covid-19 yang dilaporkan di neheri Melaka,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, Jabatan Kesihatan sentiasa memastikan semua langkah kawalan dan pencegahan penyakit mematuhi prosedur tetap operasi yang telah digariskan.

Beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak menularkan berita tidak benar yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Di samping itu, beliau menasihati orang ramai supaya menjaga kebersihan diri yang baik.

“Kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer, mengamalkan etika batuk yang betul, mengelakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai.

“Untuk mendapatkan maklumat sahih dan sebarang pertanyaan berhubung Covid-19, orang ramai boleh menghubungi Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) Melaka di talian 06-2345999 atau melalui e-mel [email protected],” katanya. – MalaysiaGazette