Harga minyak mentah dunia merudum ke paras terendah pada Jumaat.

NEW YORK – Harga minyak mentah dunia merudum ke paras terendah pada Jumaat selepas perjanjian antara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan negara sekutu diketuai Rusia, menemui jalan buntu, lapor agensi berita Xinhua .

West Texas Intermediate (WTI) untuk penghantaran April menurun US$4.62 atau 10.07 peratus, pada harga US$41.28 setong di New York Mercantile Exchange.

Minyak mentah Brent untuk penghantaran Mei merosot US$4.72 atau 9.44 peratus, kepada US$45.27 setong di London ICE Futures Exchange.

Mesyuarat yang diadakan di Vienna itu berakhir tanpa sebarang kata putus mengenai tawaran tambahan pengeluaran.

Pada Khamis, OPEC mencadangkan pengeluaran tambahan sebanyak 1.5 juta tong sehari mulai awal bulan depan hingga akhir tahun ini.

— BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast