Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meninggalkan lobi hotel menuju ke Istana Negara bagi berjumpa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah di Hotel Sofitel Damansara, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 26 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – PKR pasti akan mengheret wakil rakyat yang lompat ke parti lain ke mahkamah jika mereka enggan membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta.

Bendahari Agung PKR, Lee Chean Chung berkata, partinya masih berbincang tindakan selanjutnya dengan peguam, justeru tidak mendedahkan apa-apa maklumat setakat ini.

“Kami akan mengadakan sidang media beberapa hari lagi,” katanya kepada China Press.

Menurutnya, sejumlah 12 orang wakil rakyat yang melompat perlu memikul tanggungjawab undang-undang.

Beliau bagaimanapun berkata, bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mungkin perlu membayar ganti rugi berganda sebanyak RM20 juta memandangkan beliau merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa pada masa yang sama.

Walaupun Mohamed Azmin dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah dipecat keahlian mereka, tetapi dokumen guaman menyatakan mereka yang dipecat kerana menderhaka juga dilihat sebagai melanggar perjanjian. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. teruskan undang2 didalam undang2. ada yang kata tak ada dalam undang2 kena bayar 10 juta. kalau tinggal parti. tapi 10 juta ada dalam perjanjian parti. mahkamah tegakan lah keadilan.

  2. Tak valid. Sebab dia bertentangan dengan undang2 Malaysia yg tidak mengatakan lompat parti itu salah. Walaupun ia salah dlm peraturan parti tapi jika ia bertembung dgn satu lagi undang2 yakni undang2 Malaysia, sistem perundangan kita akan lihat yg mana lebih tinggi dlm kedudukan hieraki sistem perundangan kita, di sini jelas undang2 Malaysia lebih tinggi. Jadi yg lompat parti akan pasti tiada tindakan. Tu la… Dulu umno suruh Ph gubal akta anti-lompat parti waktu memerintah tak nak buat.. Sekarang yg lompat parti tu gunakan loopholes dlm perundangan kita. Pas pun dulu nk buat perjanjian menggunakan duit tapi melihatkan ada loopholes dlm undang2 maka hanya dibuat lafaz baiah (antara wakil rakyat dengan Allah).

  3. Gila duit pulak parti sakai ni…. Dah xde suit sangat ke nk bela keluarga pkr dan kroni sampai nk juta2

  4. Perjanjian dalam parti dibawa dalam makamah parti.Dalam makamah negar a malaysia tidak terpakai.

Comments are closed.