TERKINI : Ini Kerajaan CILAKA, MEROMPAK di Tengah Jalan – Mat Sabu

Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendakwa bekas rakan sekutunya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memainkan isu perkauman dalam usahanya untuk merebut jawatan sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, perkara itu diketahui ketika Pakatan Harapan (PH) masih lagi menjadi kerajaan dan beliau pula ketika itu merupakan Menteri Pertahanan.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja mempersoalkan mengapa mesti Muhyiddin mengaitkan perihal perkauman dan bersekongkol dengan perasuah dan pencuri yang ada dalam gabungan Perikatan Nasional.

“Kita akan berusaha melalui jalan Perlembagaan, undang-undang kita akan cuba pelbagai cara dan kalau mereka kuat, mereka rasa yakin tak bolehlah bubar Parlimen.

“Kalau kami menang, kami ambil alih semulalah, kalau BN kalah sedia jadi pembangkang,” katanya ketika berceramah Siri Jelajah Pakatan Harapan di sini malam ini.

5 Komen

  1. Tabik tuan. Mengutuk mengumpat memang makanan tuan sejak dulukala. Masa jadi menteri takleh buat perangai nie… Sebab tu muka toya je. Sekarang muka dah berseri seri semula

  2. haaa dulu ko gelar Mahathir bapak penyamun, mahafiraun..lepas tu ko gelar Anwar Al Juburi…lepas tu ko jilat mamat 2 org tu…laaa ni ko gelar org lain plak..taubatlah Mat Sabu oiiiii ..baik ko buka gerai roti John lg ada faedah

Comments are closed.