Datuk Seri Ahmad Maslan pada penyampaian Sumbangan Program Amal Anak Yatim, Asnaf dan Kurang Berkemampuan diamjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (SRIKANDI)

KUALA LUMPUR – Ahli Majis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri menerusi kerajaan Perikatan Nasional untuk memilih barisan Kabinet barunya nanti.

Beliau berkata demikian selepas ditanya wartawan jika namanya dipilih Muhyiddin untuk bersamanya dalam kerajaan yang baru ditubuhkan itu.

Ahmad Maslan juga kelihatan tersenyum pada sidang media selepas merasmikan majlis Penyampaian Sumbangan Program Amal Anak Yatim, Asnaf dan Kurang Berkemampuan dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (SRIKANDI) di sini hari ini.

“Saya tiada komen lanjut, saya serahkan kepada Muhyiddin untuk menentukannya.

“Difahamkan juga tetapi bukan dari sayalah, pemilihan itu akan diputuskan pada Selasa ini, kita lihatlah nanti,” katanya.

Media baru-baru ini melaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak akan menerima sebarang jawatan dalam Kabinet menerusi kerajaan Perikatan Nasional.

Bagaimanapun Pengerusi Barisan Nasional itu tetap akan menyokong kepimpinan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Baguslah kalau semua bersetuju dengan pemilihan yang akan dibuat TSMY nanti.Semuga segalanya pulih saperti sedia kala dan Negara bergerak kehadapan tanpa halangan.Semuga negara berada atas landasan yg betul menuju negara maju.Aamiin.

Comments are closed.