KUALA LUMPUR – Tiga anggota Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri Perak mengisytiharkan diri mereka sebagai ahli Bebas.
Mereka ialah Paul Yong Choo Kiong (DAP-Tronoh), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim (Amanah-Titi Serong) dan A. Sivasubraniam (DAP-Buntong).
“Kami telah berfikir tentang perkara ini sejak beberapa hari lalu dan kami memutuskan menjadi Bebas bagi mewakili pengundi kami.
“Ini kerana, kami melihat pembentukan Perikatan Nasional, tidak ada wakil daripada masyarakat Cina atau India, sebab itulah kami memutuskan untuk menjadi Bebas,” menurut Yong seperti yang dilaporkan oleh The Star.
Menurut Yong, keputusan tersebut demi melindungi pengundi-pengundinya, termasuk penduduk rakyat Perak.
“Ini bukan isu lompat atau tidak. Situasi di Perak agak berbeza. Kami akan beri sokongan penuh kepada Ahmad Faizal Azumu. – MalaysiaGazette