Salman Salleh

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam tindakan Ahli- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) mengumumkan keluar parti hari ini, menyebabkan kerajaan negeri itu bertukar tangan kepada Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Amanah negeri, Salman Saleh berkata, parti itu kesal apabila mandat rakyat dicabuli berikutan pembentukan kerajaan pintu belakang negeri itu.

“Amanah Perak mengecam sekeras-kerasnya tindakan empat ADUN daripada PH telah isytihar keluar parti termasuk dari AMANAH iaitu ADUN Kawasan Titi Serong.

“Tindakan mereka adalah satu pengkhianatan terhadap mandat rakyat yang diberikan melalui pilihan raya umum,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengumumkan PN membentuk kerajaan baharu di negeri itu dengan sokongan majoriti 32 ADUN.

“Setakat ini saya masih Menteri Besar Perak,” katanya yang sekali gus menghuraikan semua persoalan terhadap situasi politik dan kerajaan negeri Perak selepas lebih seminggu mengunci mulut.

Tiga ADUN PH mengisytiharkan diri mereka sebagai ahli bebas ialah Paul Yong Choo Kiong (DAP-Tronoh), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim (Amanah-Titi Serong) dan A. Sivasubraniam (DAP-Buntong).

Namun, menurut Salman, beliau yakin rakyat akan terus kekal dengan perjuangan PH dan bekerja lebih keras untuk mendapat mandat rakyat melalui pilihan raya akan datang secara yang demokratik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Hahaha masa katak2 umno lompat parti ke bersatu dulu, tak de sekor org ph pun yg menyalak cakap katak2 tu telah mengkhianati mandat rakyat.

  2. Tu nama nya tak amanah le apa yg nak hairan kan.demi perok nasi sendiri apa pun sangup buat alasan tingal alasan je..

Comments are closed.