Enam buah buku terbitan Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut dilancarkan.

PUTRAJAYA – Selepas 36 tahun berkhidmat, akhirnya Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam menamatkan tugasnya sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar hari ini.

Dalam majlis sempena penamatan perkhidmatan beliaudi sini, Dr Quaza berkata pelbagai cabaran yang dihadapinya selama menjalankan amanah dan tanggungjawab, namun komitmen semua kakitangan memudakan tugasannya. 

“Lebih 35 tahun bertugas ramai kenalan banyak yang telah kita sumbangkan.

“Semua telah membantu saya untuk jabatan mencapat target,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Dewan Serbaguna Wisma Tani sebentar tadi.

Mengaku sedih bakal meninggalkan Jabatan Veterinar, namun Quaza berkata beliau perlu tabah kerana percaya sumbangannya selama ini akan dapat membantu kakitangannya meneruskan tugas mengikut konsep dan tatacara.

“Saya tidak boleh menangis, saya kena tabahkan diri walaupun rasa sedih,” ujarnya.

Dalam majlis yang sama turut dilancarkan  enam buah buku terbitan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Enam buku itu adalah Malaysian Veterinary Services Strategic Plan 2021 – 2025; Pelan Strategik & Tindakan Pembangunan Industri Pedaging Negara; Pelan Strategik Pembangunan Industri Tenusu Negara; 125 Tahun Jabatan Perkhidmatan Veterinar; National Veterinary Antimicrobials Guidelines (NVAG) dan Manual On Parasitology.

Penerbitan buku-buku ini merupakan satu mercu penting bagi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani amnya dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar khususnya, dalam merealisasikan visi dalam mencapai sasaran dan halatuju yang ditetapkan. -MalaysiaGazette