KUALA LUMPUR – Empat Menteri Kanan dilantik bagi membantu menyelaraskan hal ehwal Kabinet berkaitan bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.
Mereka ialah:
- Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri;
- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertahanan
- Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan
- Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya
“Pelantikan menteri-menteri kanan itu akan membolehkan isu-isu berbangkit antara kementerian dalam bidang-bidang yang saya sebutkan tadi dapat diselaras dengan lebih cekap dan berkesan.
“Ringkasnya saya ingin membentuk sebuah Kabinet yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat – a Cabinet that delivers,” kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bercakap dalam sidang media pengumuman Kabinet, Muhyiddin berkata, menteri-menteri kanan itu juga akan membantunya menjalankan tugas beliau sebagai perdana menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat Kabinet di waktu ketiadaannya dalam negara.
“Dengan adanya menteri-menteri kanan ini, maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik,” katanya. – MalaysiaGazette
Alhamdulillah, semuga Allah limpahi FATHONAH epada setiap menteri dan timbalan yg di lantik. Kepada yg tidak di lantik, andalah penasihat kpd mereka.
Allahuakbar