Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari sebuah tongkang ke Sungai Jambatan Igan, Sarawak, petang semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari sebuah tongkang ke Sungai Jambatan Igan, Sarawak, petang semalam.

Mangsa, Saiful Bahri, 33, dilaporkan hilang kira-kira jam 6.15 petang sebelum rakan sekerjanya memulakan usaha pencarian awal di kawasan kejadian.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Matu berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berada di atas tongkang terbabit terjatuh ke dalam sungai sebelum tenggelam dan gagal dikesan saksi berhampiran.

Menurutnya, anggota APM yang tiba di lokasi menjalankan pemantauan keselamatan serta mengumpul maklumat berkaitan kejadian.

“Mangsa dilaporkan terjatuh dari tongkang dan dipercayai lemas serta masih belum ditemui di kawasan sekitar sungai terbabit.

“Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) secara menyeluruh ditangguhkan dan disambung semula pada pagi esok mengikut arahan serta penyelarasan daripada pihak PDRM,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu, operasi SAR disambung hari ini dengan radius pencarian distruktur semula di sekitar Sungai Jambatan Igan di bawah kendalian Polis Diraja Malaysia (PDRM).-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here