ALOR GAJAH – Dua mayat masing-masing seorang lelaki dan wanita tempatan ditemukan berada di dalam sebuah kereta di Taman Inang Sari, di sini, awal pagi tadi.
Menurut sumber, mayat lelaki berusia 34 tahun dan wanita berusia 31 tahun itu disedari kira-kira jam 3 pagi sebelum dimaklumkan kepada pihak berkuasa.
Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada pihak polis berhubung identiti mangsa, punca kematian atau keadaan yang membawa kepada penemuan kedua-dua mayat berkenaan. – MalaysiaGazette
















