Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menyatakan komitmennya untuk memajukan ibu negara sebagai sebuah bandar raya yang mensejahterakan warga kota dan disegani dunia.

Setiausaha Agung UMNO itu yang dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan berkongsi kisah lamanya yang pernah memperolehi biasiswa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Beliau menyatakan kesyukuran kerana berpeluang berkhidmat untuk ‘majikan lama’nya yang membiayai pengajian beliau.

“Apabila berjaya masuk ke Universiti saya memohon biasiswa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan berjaya.

“Terpaksalah ikat kontrak selama 7 tahun dengan DBKL.

“Sebaik tamat UTM, saya dilantik Penolong Pengarah Perancang Bandar DBKL berpejabat di Jalan Pekeliling Kuala Lumpur..Insyallah akan terus berkhidmat memajukan ibu negara,” katanya dalam akaun Twitter.

Annuar berkata, beliau juga pernah menulis tesis untuk Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah bertajuk ‘Pembangunan Tanah Rezab Melayu-Kajian kes Kampung Bharu dan Sungai Penchala (1979) semasa menuntut di tahun akhir UTM. -MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Istilah ‘majikan lama’ sudah berkubur.
    Majikan lama banyak skandal rasuah zalim pembunuhan fitnah aib dan berbagai kejelikan.
    Kalau masih selesa dengan ‘majikan lama’ harap berhenti daripada Kabinet Baru.
    Dalam ‘majikan lama’ masih ada saki baki kes MARA Helikopter Jualan Hotel yang belum disiasat.
    Pembangunan Kampung Baru juga ada lubuk-lubuk yang menjurus kepada penyelewengan jika tidak diuruskan dengan amanah dan jujur.
    Jangan bawa perangan lama…

Comments are closed.