Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengimbau kenangan zaman persekolahan di mana ketika itu datuk kepada Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin merupakan guru Bahasa Melayunya.

Imbauan kisah di sekolah rendah itu muncul apabila Shamsul Iskandar mengecam MCA yang didakwa hanya mengeluarkan ucapan tahniah dalam bahasa Inggeris dan Mandarin di atas pelantikan Ka Siong sebagai Menteri Pengangkutan.

“Saya tak tahulah nak marah ke nak gelak.

“Ini orang kuat DAP. Dia setiausaha politik Kit Siang,” kata Presiden MCA itu dalam hantaran di laman Facebook merujuk kepada isu yang sama dibangkitkan pegawai khas Lim Kit Siang, Syahredzan Johan di laman Twitter semalam.

Menulis lanjut, Ka Siong berkata, kecaman mantan Timbalan Menteri Industri Utama terhadap isu yang sama menunjukkan seolah-olah Shamsul Iskandar terpengaruh dengan Syahredzan.

“Apa hal ini Sam? Kan Atok Sam, Arwah Cikgu Abu Bakar adalah guru Bahasa Melayu di sekolah rendah? Atok Sam memang sayang dengan saya, dah lupa ke Sam cerita ini?

https://malaysiagazette.com/…/belum-angkat-sumpah-jawatan-…/

Kata Ka Siong, kenyataan Shamsul Iskandar itu seolah-olah sengaja mahu memainkan sentimen perkauman dengan harapan orang Melayu akan marah kepadanya  dan MCA.

“Mesej orang kuat DAP ini telah diviralkan di dalam media sosial terutamanya di kalangan orang-orang Melayu.

“Tak baik tau berniat jahat macam ini, berdosa!” katanya.

Mnurut Ka Siong, beliay antara yang terawal menulis dalam Bahasa Malaysia.

“Saya memuatnaik hantaran di FB pada jam 7.01pm. Kalau dia tak baca, takkan salah saya pula?” katanya.

https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/1532821130218719

Begitu juga dengan FB rasmi MCA, turut memuatnaik infografik dalam tiga versi – Bahasa Malaysia (7.08pm), Inggeris dan Mandarin (7.12pm).

https://www.facebook.com/MCAHQ.MY/posts/515045619199516

Beliau menasihatkan pihak yang terbabit supaya tidak terbawa-bawa ideologi memecah-belahkan masyarakat.

“MCA bukan DAP. MCA kekal dengan nilai-nilai inklusif, kesederhanaan dan kepelbagaian,” katanya. – MalaysiaGazette