KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) memutuskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnol Zulkarnain bukan lagi ahli parti itu.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, keputusan itu ditetapkan pucuk pimpinan parti dalam mesyuarat tergempar petang semalam.
“Kita mengambil maklum mengenai tindakan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Hasnol Zulkarnain yang telah bertindak mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN bebas di Perak.
“Tindakan Hasnol ini amat dikesali dan pucuk pimpinan Amanah melalui mesyuarat tergemparnya petang semalam ingin memaklumkan dengan ini bahawa beliau bukan lagi ahli parti.
“Namun begitu, ditegaskan tindakan beliau ini tidak akan memberi apa-apa kesan kepada Amanah dari segi kekuatan dan maruah. Kami akan terus berdiri teguh bersama Pakatan Harapan (PH),” katanya dalam kenyataan kepada media.
Hasnol bersama dua lagi ADUN Perak dari PH mengumumkan keluar parti dan menjadi bebas susulan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di negeri itu, semalam.
Dua lagi ADUN DAP yang ikut serta menyertai bebas ialah ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Buntong, A. Sivasubramaniam yang menyatakan sokongan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. – MalaysiaGazette
Bila pulak TM dan ahli Bersatu yang bersamanya hendak keluar Bersatu. Sebab parti ni macam tak sesuai dengan diri Melayu mereka. Lagipun buat semak saja ada kat oarti ni.
Pucuk di cita ulam mendatang…ada dia kisah msuk bersatu pun keluar pas .dpt dah jawatan dlm besatu dah jdi adun yg kurang ahli parti kau lid org lain tak kisah pun mat sabu relex je.tp klu bubar lagi baik kut tukar nama lain nama amanah tak sesuai kut sebab ahli byak yg x amanah.
Alhamdulillah, insaf dah dia.
Parti amanah negara.. Parti penjilat DAP… Parti balaci untuk LGE dan DAP.. Seluruh malaysia tahu…