Rapat umum yang dihadiri para pemimpin Pakatan Harapan berlangsung di Putrajaya semalam.

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, episod pengkhianatan demokrasi yang melanda Pakatan Harapan tidak boleh dibiarkan berlaku lagi.

Katanya, jika ada lagi pimpinan seperti itu, maka mereka dipersilakan keluar dari Pakatan Harapan.

Perkar itu diperjelaskan oleh Anwar dalam rapat umum PH yang berlangsung di Putrajaya semalam.

Anwar memuatnaik amarannya itu dalam hantaran terbaharu di laman Facebook hari ini yang turut diiringi beberapa foto pertemuan tersebut.

“Saya jelaskan pada pimpinan PH mengenai apa yang berlaku sepanjang konflik tempoh hari di rapat umum bersama pimpinan semalam.

‘Apa jua yang berlaku, pasukan ini akan terus kekal bersama dan bina kekuatan. Usah kita panik, namun harus pulihkan semangat.

“Kita mesti kukuh dan bergerak sebagai satu angkatan dan terangkan kepada rakyat berkenaan sanggahan pasukan pengkhianat. Jangan mengalah dan korbankan prinsip.

Jangan kita biarkan episod pengkhianatan demokrasi ini berlaku lagi. Jika ada lagi pimpinan seperti ini, dipersilakan keluar,” katanya.

Turut hadir dalam rapat umum itu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan beberapa pemimpin kanan parti-parti di bawah PH.

Kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad runtuh apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia bertindak meninggalkan gabungan itu sejurus selepas peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Krisis politik itu menyebabkan Dr Mahathir hilang majoriti kepercayaan ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan yang kemudiannya menamakan Anwar sebagai calon perdana menteri kelapan.

Namun kedua-dua Anwar dan Dr Mahathir (yang dilantik perdana menteri interim dan juga dicalonkan semula sebagai perdana menteri kelapan) gagal mendapat kepercayaan majoriti apabila sekumpulan ahli parlimen PKR juga bertindak meninggalkan PH dan menyertai Bersatu. – MalaysiaGazette

 

 

4 Komen

  1. kamu tidak layak menduduki kerusi PM malaysia. kamu lemah segenap hal melainkan suara kamu enak didengari rakyat. Jangan kerana nafsu kamu, kami rakyat yg merana. Harap kamu muhassabah diri sebelum melangkah lagi, harap maklum

  2. Kilat kasut Abg Mat…..
    Teruskan lah impian untuk memimpin negara.
    Memang dulu itu pun kerana Tun M.LOL

  3. Bang Non ni dlm keadaan apalagi bentuk huruhara dan penghinaan serta bala dari Allah yg boleh menyedarkannya bahawa “anda bukanlah PM” ke penghujung hayat! Mana kepercayaan “qoda dan qada” imanmu? Berhentilah melawan takhdir Allah… Bersabarlah hingga kebenaran itu “datang”.

Comments are closed.