Dr. Ibrahim Ali
Dr. Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Secara prinsipnya, Kabinet Perikatan Nasional (PN) dilihat membazir kerana mempunyai seramai 70 barisan Jemaah Menteri termasuk timbalannya, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa (Putra), Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali.

Ini, katanya, berbanding 55 menteri Kabinet termasuk timbalan menteri pada era kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dibentuk oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad antara April 2018 hingga 23 Februari 2020.

Beliau berkata, bayangkan gaji dan elaun yang perlu dibayar kepada barisan kepimpinan PN ini yang mungkin mencecah antara RM50,000 hingga RM70,000 seorang sebulan.

“Itu belum masuk percutian dan sebagainya,” kata beliau dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Dr. Ibrahim berkata, cara terbaik bagi mengelakkan cemuhan rakyat dan pembaziran wang negara dengan pelantikan begitu ramai pemimpin dalam Kabinet PN, Dewan Rakyat mesti dibubarkan.

“Dewan Rakyat mesti dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum supaya rakyat dapat membuat keputusan dan mandat baru.

“Cara ini juga merupakan prinsip moral demokrasi agar mana-mana pihak tidak boleh pertikaikan integriti kerajaan yang dibentuk, sekali gus membantu ke arah kestabilan politik negara dan menongkah persepsi geopolitik antarabangsa,” katanya.

Kata beliau, tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melantikan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai menteri, tetapi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan diketepikan juga menjadi tanda tanya.

Katanya, Mohamad juga seorang profesional berkelulusan akauntan dan bekas anak Melayu pertama Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage dan mantan Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Boleh saja Mohamad dilantik Senator, tetapi masih wujud politiking dalam UMNO dan usaha menghalang ADUN Rantau itu atas sebab tertentu yang sudah terang lagi bersuluh.

“Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya. Ianya membawa erti imej UMNO sebagai parti Melayu yang bersih dan berintegriti tidak akan pulih di kaca mata golongan elit dan generasi muda.

“Patut juga dilantik wakil lain-lain kaum kerana masing-masing satu menteri dari MCA dan MIC tidak dapat meredakan perpaduan kaum,” katanya.

Beliau menyatakan, ada dalam kalangan tokoh akademik Cina dan India yang jelas pro Fasal 153 dan mengakui sejarah Malaysia adalah negara Ketuanan Melayu yang boleh dilantik.

Dr. Ibrahim menjelaskan, jika dilihat dari jumlah Ahli Parlimen PN melibatkan blok PPBM, UMNO, Pas, kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, GPS Sarawak serta MCA dan MIC jumlahnya hanya 113 sahaja.

“Kelebihan PN hanya dua majoriti sahaja. Sudah tentu mereka berdepan risiko untuk tumbang pada bila-bila masa agak tinggi kerana terdapat Ahli Parlimen tegar UMNO yang kecewa kerana tidak terlantik.

“Mengenali Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah tentu politik akan terus bergelora dan tidak stabil, bahkan masalah ekonomi juga merupakan ancaman kerana harga minyak jatuh dan wabak Covid-19 mengancam ekonomi dunia,” katanya.

Mengenai soal integriti, kata beliau, setiap individu dalam Kabinet Muhyiddin jelas ada yang boleh dipertikaikan, namun tidak wajar menyentuh nama peribadinya.

“Anggota Kabinet lompat sana lompat sini juga dikira kurang integriti dan tidak bermoral. Ia umpama Kabinet pasang siap, bukan dari kayu jati yang dibuat secara manual atau secara tradisional,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. Harap PAS UMNO terus fokus kepada Muafakat Nasional. Inilah kunci kemenangan PRU15 yang akan diadakan dalam masa 2 tahun lebih lagi…

    Teruskan engagement dengan orang2 kampung, taman2 dibandar2…

  2. Ko ye lah.. Kecewa sikit melompat.. Tok mat bukan mcm ko Ibrahim Ali… Beza ko dgn ahli UMNO, umpama langit dan bumi.. Matlamat asal tiada DAP telah terlaksana.. Yg penting org melayu di kementerian utama..

  3. Biar ramai supaya menteri dapat menfokuskan portfolio mereka. PH walaupun sikit, akhirnya menteri terbeban dgn tidak dpt melakukan tugas dgn baik. Lagi satu penambahan menteri adalah kerana dasar Sabah Sarawak yg dulunya diabaikan PH. sekarang ada menteri hal ehwal Sabah Sarawak yg boleh memberikan manfaat yg optimum kepada Rakyat Sabah Sarawak terutama berkaitan perjanjian MA63 dan ekonomi Sabah Sarawak. Dgn kata lain, Perdana Menteri membuat keputusan yg tepat demi kesejahteraan Sabah dan Sarawak. Sudahlah dengki brahim oii… Dulu ko senyap je dlm isu berkaitan orang Melayu spt icerd, kes adib, penghinaan institusi Raja-Raja Melayu, tulisan jawi… Dah nampak Perikatan Nasional naik, terus kau melompat timbul semula…mula2 nampak ok tapi lepas diumumkan jemaah menteri terus ko melompat ye brahim… Adakah ko xdapat apa2 jawatan dlam PN?

  4. dengan harga minyak jatuh lah rakyat puji kerajaan pn. mereka tak tahu harga dunia yang jatuh kerana banyak kapal yang tak terbang. banyak kereta yang tak jalan. kerana covid19. tapi orang kampong tak kira itu semua. pn bagus minyak murah.

  5. Bg peluang kabinet baru buat kerja.. tgk mcm mn..kl ok.. memenuhi aspirasi rakyat…apa ada hal .. dgn elaun yg perlu dibyr kpd mrk..

Comments are closed.