Tahith Chong bersama Pengurus the Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer selepas muktamadkan kontrak dua tahun untuk kekal di Old Trafford.

LONDON – Bintang muda Manchester United, Tahith Chong mengesahkan dia akan kekal di Old Trafford.

Pengesahan itu sekali gus menafikan spekulasi yang mengaitkan pemain itu dengan penghijrahan ke Inter Milan yang dikatakan sudah melakukan perjanjian lisan.

Chong berkata, impiannya menjadi kenyataan untuk memuktamadkan kontrak baharu bersama United.

“Saya suka bermain untuk kelab ini dan tidak sabar untuk meneruskan masa depan saya di Theatre of Dreams,” katanya dalam akaun Twitter.

Chong, 20, yang menandatangani kontrak dua tahun bersama United menjadi buruan Barcelona dan Juventus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast