Wartawan BH, Wan Noor Hayati Wan Alias (kanan) bersama peguamnya, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan Presiden NPC,

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini seorang wartawan, Wan Noor Hayati Wan Alias didakwa atas tuduhan menimbulkan kebimbangan awam berhubung Covid-19 telah dibenarkan mengemukakan surat representasi ke Jabatan Peguam Negara bagi menggugurkan dakwaan terhadapnya.

Terdahulu ketika sebutan pertama pagi tadi, peguambelanya, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos memohon pengguguran kes di hadapan Majistret Tawfiq Affandy Chin.

Jahaberdeen memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk sebutan semula kes itu bagi membolehkannya mengemukakan representasi wartawan Berita Harian (BH) itu.

Mahkamah menetapkan 27 April ini untuk sebutan semula kes dengan tempoh jaminan terus disambung sehingga tarikh tersebut.

Bagi semua pertuduhan itu, wartawan terbabit didakwa melalui aplikasi Facebook miliknya menggunakan nama Ibu Yati secara sedar membuat kenyataan dengan niat hendak menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam atau mana-mana golongan awam.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal.

Dalam pada itu, kes kontroversi itu juga mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk National Union Journalist (NUJ), National Press Club (NPC.

Malah Presiden NPC, Datuk Athiruddin Atan hadir di mahkamah hari ini memberi sokongan memberi sokongan kepada Wan Noor Hayati.

MalaysiaGazette difahamkan, wakil Senior Southeast Asia, Committee to Protect Journalists (CPJ), Shawn Crispin, sebuah pertubuhan bukan kerajaan dari Amerika Syarikat (AS) turut menyediakan peguam pemerhati dari TrialWatch untuk memantau perjalanan kes.

TrialWatch adalah satu projek hak asasi manusia dari Clooney Foundation bagi menilai aspek keadilan perbicaraan kes yang membabitkan wartawan dan membuat laporan mengenainya.

Wan Noor Hayati yang juga merupakan antara pemenang anugerah Kajai 2014 selain menerima beberapa lagi pengiktirafan dalam dunia media selama ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast