Tan Sri Muhyiddin Yassin. foto HAZROL ZAINAL, 09 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Sektor pelancongan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pengangkutan merupakan sektor paling teruk terjeas berikutan penularan virus baharu, Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pakej-pakej pelancongan dibatalkan dan ini menjejaskan mereka yang bekerja dengan syarikat-syarikat penerbangan dan perhotelan.

“Anggaran kerugian keseluruhan dalam sektor pelancongan mulai Januari hingga Februari 2020 adalah sebanyak RM3.37 billion,” katanya dalam perutusan berkaitan penularan jangkitan Covid-19 yang disiarkan secara langsung di rangkaian televisyen.

Menurut Muhyiddin, kerajaan menganggarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menurun sebanyak 0.8 peratus hingga 1.2 peratus, iaitu penurunan sebanyak RM10.8 billion hingga RM17.3 billion.

Kata Perdana Menteri, beliau sedar bahawa langkah-langkah segera perlu dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kesan wabak ini kepada ekonomi negara, khususnya kepada rakyat.

Oleh itu, jelas beliau, kerajaan akan memastikan pakej
rangsangan ekonomi yang telah diumumkan akan dipantau
pelaksanaannya supaya kesannya akan dapat dirasai oleh anda semua dengan segera. – MalaysiaGazette