Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Seramai 33 orang pesakit yang positif dijangkiti Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah .

Beliau turut mengingatkan semua pengurusan masjid dan surau supaya mengambil langkah-langkah pencegahan dan pembersihan premis ibadat tersebut.

Dr Noor Hisham menyarankan karpet, pintu dan railing di masjid dan surau dibersihkan dengan menggunakan bahan pencuci dan pembasmi kuman.

Menerusi ciapannya, beliau memaklumkan, KKM akan memaklumkan kenyataan media statistik harian Covid-19 setiap jam 5 petang.

Menurutnya, kes-kes yang dilaporkan itu adalah sebelum jam 12 tengah hari pada hari yang sama.

”Kes-kes selepas masa tersebut akan terkumpul dilaporkan keesokan hari sebelum jam 12 tengah hari,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast