Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bergambar bersama penyokong pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Penyokong Media Sosial di Goat2gofarm, MAEPS, Sedang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 15 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) kerana hanya mampu mentadbir paling pendek dalam sejarah negara ini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, tempoh yang singkat itu bukan kerana salah beliau namun pasti ada sebab tersendiri.

Ini kerana kata Ahli Parlimen Pekan itu, rakyat sendiri yang telah menghukum PH selepas tiada hasil yang ditunjukk sepanjang 21 tahun diberi peluang mentadbir negara.

“Salahkan diri sendiri kerana rakyat yang hukum mereka. Kita boleh tengok dalam lima Pilihan Raya Kecil dan paling ketara di Tanjung Piai.

“Di Kimanis tiada siapa yakin kita akan menang dan itulah cerminannya. Punca PH tumbang kerana mereka mencurigai antara satu sama lain kerana mungkin berjanji antara satu sama lain namun 21 bulan apa hasil yang rakyat dapat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan tengahari bersama 100 penyokong media sosial di goat2gofarm di Maeps di Serdang hari ini.

Najib menambah, hari ini jika ditanya kepada rakyat apa hasil kerajaan PH, semuanya pasti tergamam untuk menjawab.

Malah jelasnya, rakyat berfikir-fikir pula untuk mencari jawapan itu.

“Kalau dulu kalau tanya, rakyat spontan beritahu ada BRIM, bantuan petani dan persekolahan. Tapi bila tanya tentang PH, mungkin regulasi rokok ada yang suka. Namun pendakwaan pula ada yang ditarik balik, malah ada sudah dihukum pun ditarik balik.

“Kalau bab keadilan sehingga Peguam Negara (AG) letak jawatan dan mengaku lantikan politik. Mana ada AG mengaku macam itu dan SPRM pun sama.

“Padahal itu janji dalam manifesto mereka namun anggap bukan Bible bila gagal tunai janji,” katanya. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Lupakan PH buar sementara ini.
    Sakit otak jika Fikirkan telatah PH terutama TDM LGE Anwar Mat SABU dan yang lain2.
    Sungguh tak Matang dan pendendam

  2. Alhamdulillah.
    22bln menjadi kerajaan.
    Berpuluh-puluh kes kebejatan pemimpin umno pas yg dibongkar.

    Kalau masih umno yg berkuasa kelaut lah jawabnya kesemua kes rasuah & penyelewengan

  3. Tun Mahathir punca segala masalah, konon tiada manusia lebih pandai dan bijak cuma dia sorang,
    Bila ada orang ganti nya dia lah jadi pengacau dan punca segala²,
    Kepandaian kebijakan Tun Mahathir kalau disemak dan dihalusi dia pandai dan bijak putar belit fakta sebenar.
    Cuba kita lihat kenapa dia letak jawatan PM letak jawatan pengerusi bersatu dan menjadi ahli biasa, tapi bila agung melantik PM baru, dengar segera dia menjadi pengerusi Bersatu semula, dan melawan semula TS Muhyiddin bila Anuar tidak dapat jadi PM dan dia pula mencuba senarai kursi terkumpul tapi masih tidak dapat tanding kerusi TS Muhyiddin.
    Tumbuh lah kata² pintu belakang, kerana takut dirinya dia dituduh penghianat PH bijakan.
    Tapi rakyat dah bosan dengan lakonan sandiwara SI KINTOL ini.

  4. Jgn sebut lg lah PH ni, tak payah masuk apa2 rekod pun… hapuskan je.. just like when we flush toilet utk hilangkan … what a waste betul..

  5. Kepada najib penyamun yang bangang ni meh sini aku bagitau apa jasa2 ph sepanjang memerintah malaysia…
    1.menangkap najib penyamun yang menyamun 1mdb..dan sekarang sedang dibicarakan…
    2.menangkap dan mendakwa bini najib penyamun iaitu rosmah puaka kerana melakukan rasuah projek solar sekolah di sabah…
    3.membongkar penipuan tabung haji… Kerana ph lah baru rakuat malaysia tau sebenarnya tabung haji berniaga tak de untung…

  6. pedas ayt dato, tp tu realitinye… yg. dikuca sblum ptu14, tu la org(raykat) ambik, sdangkan yg dikuca tu xthu lg taik ke susu…klaim dri diorang bijak dato, apr kes… 21bln dh naik rm138b hutang ngra,hsil GST knon mnyusahkan rkyt,ambil nak, sst lg truk… , klakar puak2 PH ni…

  7. Realitinya rakyat telah memilih parti memerintah selepas pilihan raya yang lepas. Akibat daripada kerakusan dan pecaturan ahli politik, mandat yang diberi rakyat menjadi perjudian untuk mengejar kuasa. Ramai ahli politik sudah hilang intergriti dan sanggup “menyundalkan” diri untuk mengejar kuasa dan wang. Sangat klise apabila mendengar mereka berjuang berlandaskan untuk rakyat dan negara. Masih adakah pemimpin yang bersih dan berintergriti?

Comments are closed.