Pemain perseorangan badminton lelaki negara, Lee Zii Jia.

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan tahniah kepada pemain perseorangan badminton lelaki negara, Lee Zii Jia atas aksi luar biasa hingga mara ke separuh akhir kejohanan Seluruh England.

“Tahniah Lee Zii Jia di atas kejayaan mara sehingga peringkat separuh akhir Seluruh England 2020 dengan memberikan saingan sengit sebelum tewas 21-17, 13-21, 21-19 kepada bekas juara dunia, Viktor Axelsen dari Denmark dalam penyertaan sulung pada kejohanan itu.

“Zii Jia juga menumbangkan juara Olimpik Rio 2016, Chen Long dari China dalam dua set sahaja pada peringkat suku akhir. Bravo Zii Jia! Keep it up!,” katanya dalam kenyataan di Twiter miliknya.

Selain Chen Long, Zii Jia turut melakukan kejutan menyingkirkan pemenang pingat emas Sukan Asia 2018 dari Indonesia, Jonatan Christie di pusingan pertama sebelum menang ke atas pemain China, Lu Guang Zu di pusingan kedua. – MalaysiaGazette