Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, para penyokong Pakatan Harapan perlu berhenti menyalahkan kerajaan Perikatan Nasional apabila berlaku peningkatan jumlah pesakit Covid-19 yang berpunca dari kluster peserta ijtimak tabligh.

Beliau kemudian menyenaraikan tarikh-tarikh penting yang ada kaitan dengan penganjuran ijtimak di Masjid Sri Petaling itu yang menghimpunkan kira-kira 16,000 peserta dan majoriti adalah rakyat Malaysia.

“Ada juga yang masih mahu main blame game.

“Ada juga penulis media sosial PH yang mahu mengambil kesempatan untuk salahkan kerajaan PN tentang kenaikan kes Covid yang besar hari ini.

“Saya nak beri beberapa tarikh kepada mereka.:

24 Feb 2020: Tun Mahathir letak jawatan sebagai PM secara sukarela.

27 Feb hingga 1 Mac 2020: Acara “ijtimak tabligh” di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur.

29 Feb 2020: Muhyiddin dilantik PM8.

9 Mac 2020: Kabinet dilantik.

10 Mac 2020: Menteri-menteri kabinet angkat sumpah.

11 Mac 2020: Menteri kabinet mulakan hari kerja pertama.

11 Mac 2020: Kes positif pertama berkait acara tabligh tersebut dikesan.

Hari ini 15 Mac.

Cuba fikir,” katanya

Dalam hantaran di laman Facebooknya itu, Najib berkata, acara tabligh tiga hari itu melibatkan 16,000 orang peserta di mana anggaran 14,500 adalah orang tempatan manakala 1,500 dari negara lain.

Katanya, sudah tentu acara ini telah dirancang dan diluluskan lebih awal dahulu – iaitu sebelum perdana menteri ketujuh meletakkan jawatan.

“Kalau nak kesan dan uji seramai 14,500 orang serta ahli-ahli keluarga mereka memang bukan satu langkah yang senang dan boleh disiapkan serta-merta.

“Sebab itu, penyokong-penyokong PH patut henti salahkan kerajaan PN tentang kenaikan kes Covid berkait acara tabligh itu,” katanya.

Menurut Najib, kerajaan Perikatan Nasional dan beliau sendiri tidak pernah menyalahkan perdana menteri ketujuh kerana meletakkan jawatan secara tiba-tiba sehingga kerajaan Malaysia ketiadaan Kabinet untuk tempoh seminggu.

“Kita juga tak ingin salahkan kerajaan PH dahulu kerana mereka membenarkan acara tabligh besar-besaran itu dirancang dan dianjurkan pada masa Covid sedang merebak.

“Ianya tanggungjawab bersama untuk membendung wabak Covid.

“Apa yang kita boleh buat pada masa ini ialah menekan kerajaan PN untuk lebih tegas dan berharap semua agensi kerajaan menunaikan tanggungjawab masing-masing kepada Rakyat dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Pelbagai kritikan di media sosial terhadap kerajaan Perikatan Nasional termasuk dikatakan lambat bertindak dalam keadaan jumlah pesakit positif Covid-19 meningkat terutamanya dari kluster jemaah tabligh. – MalaysiaGazette

 

 

3 Komen

  1. Skrg bukan masa untuk salah menyalah antara pentadbiran dulu dan skrg….menangani ancaman covid19 yg merbahaya ini adalah tangungjawab kita semua secara bersama bagi memastikan penularan nya dapat diatasi dan dikawal daripada terus meluas menjadi bencana yg dasyat…

  2. smua pdtang asing sekat drpd memasuki mlysia..aku tgok makin ramai pdtang asing msuk mlysia..phk krjaan kena tgas pkara ini..dan batal kn visa percuma kpd warga china dn india…

  3. kenapa masa mula2 wujud covid ni xnk bendung dgn ttp pntu masuk Malaysia kepada pelancong asing?? sekarang bila dh bertambah,kelam kabut semua,PH dgn blame game x boleh dipisahkan,penyokong2 PH boleh carik balik paper strt drpd kes covid ni ada kt Malaysia,apa pemimpin2 PH ckp

Comments are closed.