Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan supaya menyalurkan maklumat lengkap dan yang tidak mengelirukan kepada media, sekaligus mengurangkan kegusaran dan panik di kalangan rakyat.

“Masalah yang timbul pada ketika ini adalah disebabkan lemahnya koordinasi dan jentera kerajaan dalam menyalurkan maklumat.

“Saya gesa masalah ini segera diatasi dan kerajaan untuk lebih bertanggungjawab dan beretika saat negara dihimpit krisis ini,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Anwar lagi, media sebagai sumber rujukan utama rakyat dan negara mesti diberi akses sewajarnya.

Ia merujuk kepada suasana kelam kabut sejak semalam ekoran pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan ekoran Covid-19 termasuk pembelian panik, ribuan balik kampung dan ramai menyerbu balai polis bagi mendapatkan borang keluar kawasan.- MalaysiaGazette