Scott Morrison. foto Agensi

SYDNEY – Perdana Menteri Australia, Scott Morrison melarang semua rakyat tidak melakukan perjalanan ke luar negara dan mengharamkan semua perhimpunan atau acara yang melebihi 100 orang.

Morrison telah meningkatkan nasihat larangan perjalanan rasmi ke ‘Tahap 4 Jangan Pergi’ – larangan yang belum pernah dibuat sebelum ini.

“Nasihat perjalanan kepada setiap orang Australia adalah ‘Jangan mengembara ke luar negara. Jangan pergi ke luar negara,” kata Morrison menerusi televisyen.

Katanya, arahan itu tidak pernah berlaku dalam sejarah Australia.

Sesiapa yang melakukan perjalanan semasa larangan Tahap 4 dikeluarkan, bermakna Kerajaan Australia tidak akan membantu jika mereka menghadapi masalah di luar negara, kata laman web rasmi SmartTraveller kerajaan.

Ia juga mengesyorkan rakyat Australia yang sudah berada di kawasan “Jangan Pergi” untuk segera balik.

Australia telah mencatatkan kira-kira 425 jangkitan dan lima kematian, tetapi Australia semakin semakin prihatin tentang prospek kenaikan kes-kes jangkitan baru.

Morrison berkata, sekolah masih dibuka tetapi mengarahkan orang ramai untuk tidak bersosial dan menjaga kebersihan diri dalam mengekang penularan virus. – MalaysiaGazette