Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Pols (IPCMC) akan diteliti dan diperhalusi semula.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan.

Menurut beliau penelitian semula itu akan dilaksanakan pihaknya dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Hasil perbincangan tersebut akan dibawa ke peringkat perbincangan dalam Kluster Keselamatan yang dipengerusikan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri sebelum dibawa ke Mesyuarat Kabinet untuk diputuskan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Cadangan IPCM mendapat bantahan beberapa pihak yang berpandangan suruhanjaya seumpama itu hanya memberi tekanan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Artikel berkaitan: Vui Keong yakin penubuhan IPCMC akan dilulus

Mereka juga mendakwa sesi pendengaran umum yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang rang undang-undang itu juga tidak berfungsi seperti yang sepatutnya sebaliknya sekadar lakonan semata-mata.
Ini kerana, pada akhirnya cadangan dan bantahan pelbagai pihak terutama daripada wakil-wakiI PDRM dalam hal-hal berkaitan perundangan dan hak-hak anggota itu tidak dimasukkan ke dalam syor atau cadangan jawatankuasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast