Foto Facebook Deja Moss.

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Deja Moss akhirnya mendedahkan dia telah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan, Maher Khani, 52, sejak sembilan bulan lalu.

Deja atau nama sebenarnya, Sharifah Hadijah Wan Moss bernikah dengan lelaki berketurunan Amerika Syarikat (AS) -Syria itu berlangsung di Chicago, AS pada Jun tahun lalu.

“Asalamulaikumwarahmatullahiwabarakatu, alhamdulilah hari ini saya ingin berkongsi berita gembira buat sahabat2 rakan2 IG Dan FB serta peminat2 saya, yang saya telah selamat bergelar isteri, tahun lepas dgn lelaki pilihan hati saya Maher Khani terima kasih atas ucapan tahniah dan doa dari anda semua, mengenai butiran pernikahan kami biarlah ia menjadi milik saya dah keluarga, cukuplah saya maklumkan saya sudah selamat menjadi isteri Dan doakan pernikahan kami berkekalan hingga ke jannah, terima kasih semua,salam kasih sayang much love. Stay home and be safe !!!!!,” tulisnya di laman Facebook miliknya.

Sebelum ini, Deja, 47, pernah mendirikan rumah tangga dengan Azfendy Azzuddin, namun bercerai dengan talak satu pada Oktober 2018.

Mereka berkahwin pada 30 Ogos 2008 dan tidak dikurniakan anak.- MalaysiaGazette