PUTRAJAYA – Sebanyak 153 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ni menjadi keseluruhan kes positif wabak itu keseluruhannya sebanyak 1,183 kes setakat ini.

Berdasarkan siasatan awal, daripada 153 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 90 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Sebanyak 60 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih lagi dalam siasatan untuk kepastian, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Bercakap dalam sidang media di Kementerian Kesihatan, beliau turut memaklumkan  terdapat 27 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 114 kes,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, sehingga kini seramai 37 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada  jumlah tersebut, 23 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sehingga kini empat kematian direkodkan di negara ini sejak wabak COVID-19 menular. – MalaysiaGazette