KUALA LUMPUR – Tindakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberhentikan Datuk Marzuki Yahya sebagai Setiausaha Agung Bersatu dijadikan modal oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menggambarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak peka dengan wabak Covid-19.
Penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusof merujuk kepada kritikan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menghentam Muhyiddin kononnya berterusan berpolitik dalam dalam suasana negara berada dalam keadaan getir.
Katanya, pemecatan berkuatkuasa 18 Mac lalu itu dilakukan atas tuntutan akar umbi yang sudah lama mahukan Marzuki diberhentikan tetapi hanya sekarang dilakukan oleh Muhyiddin baru-baru ini.
“Marzuki dikatakan gagal melaksanakan tanggungjawab mengurus parti dengan baik dan telus, khususnya dalam hal keahlian parti sepanjang memegang jawatan setiausaha agung.
“Bukanlah pemberhentikan berasaskan perbezaan politik antara Muhyiddin dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad serta kepada tindakan Marzuki menunjukkan sokongan kepada pengerusi parti dalam pertikaian kedua mereka,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.
Kamarul Zaman yang juga merupakan bekas Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, hampir semua ketua bahagian dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM mahu Marzuki diberhentikan.
Mereka sependapat menyatakan, bekas Timbalan Menteri Luar Negeri itu gagal menguruskan pendaftaran keahlian parti dengan baik dan telus.
Bahkan, kata mereka lagi, sepanjang persidangan cawangan sejak hujung Februari lalu ada cawangan tidak menerima senarai keahlian lengkap, ahli tidak ditempatkan mengikut keputusan bahagian malah aduan MPT juga gagal ditanganinya.
“Antara contoh spesifik kegagalan Marzuki ialah beliau gagal mendaftarkan hampir 15,000 permohonan keahlian baru menyebabkan pemimpin Bahagian PPBM terpaksa beratur panjang di ibu pejabat akhir tahun lalu untuk memastikan borang keahlian mereka yang memohon menjadi ahli diproses.
“Malah, dalam satu perbincangan tidak rasmi di kalangan MPT pada 12 Mac lalu, 20 daripada 23 MPT yang hadir meminta Muhyiddin memberhentikan Marzuki serta merta untuk memastikan parti berjalan baik kerana beliau dilihat terlalu lemah sebagai Setiausaha Agung.
“Muhyiddin waktu itu belum mahu menukar Marzuki kerana hendak menjaga keharmonian parti manakala Naib Presiden PPBM, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pula menawarkan diri untuk bertemu dengan Marzuki bagi meminta beliau meletakkan jawatan secara sukarela,” katanya.
Begitupun, kata Kamarul Zaman lagi, desakan meminta Muhyiddin memberhentikan Marzuki menjadi lebih kuat apabila beliau menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti 16 Mac lalu.
Ini kerana Marzuki sepatutnya meletakkan jawatan Setiausaha Agung Bersatu sebelum bertanding jawatan itu memandangkan sangat tidak wajar daripada segi etika untuk seorang berjawatan dalam biro politik mahu bertanding jawatan nombor dua di dalam parti.
“Sudah tentu kelebihan berpihak kepadanya dalam pemilihan parti kerana masih memegang jawatan setiausaha agung. Jika dalam keadaan biasa pun beliau sudah gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan telus,apabila bertanding jawatan Timbalan Presiden lagilah beliau tidak akan mempunyai masa untuk menguruskan parti.
“Kesimpulannya, apa yang dilakukan Muhyiddin bukan tindakan politik untuk mengenepikan pengaruh Mahathir, apa lagi untuk mengenepikan kepentingan rakyat,” katanya.
Sebaliknya, ujar beliau, ia adalah tindakan pentadbiran biasa bagi memastikan pengurusan parti dapat berjalan baik, sekali gus dapat memberikan tumpuan kepada nasib rakyat. – MalaysiaGazette

















Nak jilat pun .
Jilat pada tempat yg betul.
Bukan macam jilat anjing kurap.
Masalah nya.
1. Adakah tepat masanya, ketika negara diancam wabak ini.
2. Adakah ikut produser parti seperti apa yg ditulis balas oleh Tun
Apapun biarkan bersatu berjalan dgn baik.
#asalbukanmuhyidin
Yang jadi anjing kurap membela sana sini sedar lah diri. TSMY adalah PM yang legitimate depan dan belakang,atas dan bawah. Sedar sedar lah diri tu. Toksak lah dok meroyan. Atok Madey boleh baca doa macam TSMY ka… Pikik tengok, jangan dok jilat ja. Alhamdulillah dapat PM baru orang yg boleh memimpin Negara dan Agama… Bukan takat jadi barua DAP