Warga asing yang bekerja diperiksa tekanan suhu badan sewaktu membuat pemeriksaan kesihatan bagi membendung penularan wabak Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di Pasar Borong Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Serbuan serta pemeriksaan kesihatan terhadap lebih 400 warga asing di Pasar Borong Kuala Lumpur awal pagi tadi mendapati 10 daripadanya mereka berkemungkinan suspek Covid-19.

Ops Covid-19 itu merupakan hasil kerjasama Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Wilayah Persekutuan, Polis diRaja Malaysia (PDRM) dan juga Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Saringan dilakukan di kawasan pasar borong yang rata-ratanya dihuni oleh pekerja warga asing itu bebas daripada wabak pandemik Covid-19 yang kini sudah meragut 14 nyawa di negara ini.

MalaysiaGazette difahamkan, lapan daripada suspek itu mengakui ada menghadiri perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling baru-baru ini yang kini menjadi antara kluster utama penularan Covid-19

Manakala dua lagi dipercayai mempunyai beberapa simptom pandemik merbahaya itu.

Menurut doktor KKM terlibat dengan operasi yang sama, Dr. Nurfarah Adila, ketika ini pihaknya tidak boleh memberi apa-apa pengesahan kerana hanya melakukan pemeriksaan suhu serta tekak kepada mereka.

Temubual bersama Dr. Nur Adila mengenai penularan wabak Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di Pasar Borong Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 MAC 2020.

“Kemungkinan mereka positif belum tahu lagi. Kita hanya suspek sahaja menggunakan maklumat yang diberikan oleh mereka selain daripada simptom.

“Lapan daripada mereka memang ada pengakuan menghadiri perhimpunan tabligh atau berhubung dengan kluster, dua lagi tunjuk simptom. Jadi, kita lakukan langkah kedua, ambil lakukan pemeriksaan tekak.

“Langkah pertama, kita periksa suhu badan, rata-rata mereka dalam 400 lebih ini okay, jadi kita lepaskan. Keputusan pemeriksaan tekak hanya akan kita ketahui antara 24 hingga 72 jam sahaja,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Petugas KKM membuat pemeriksaan kesihatan keatas warga asing bagi membendung penularan wabak Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di Pasar Borong Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 MAC 2020.

Jelas Nurfarah lagi, pihaknya kini sedang berusaha sedaya upaya mengesan dan melakukan pemeriksaan terhadap mana-mana individu yang dikaitkan dengan perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

“Kita dapat panggilan, kita dapat maklumat, tidak kira waktu kita pergi sahaja. Kita agresif kerana ini isu yang sangat serius.

“Apabila membabitkan warga asing pula, sememangnya ini sangat rumit lagi-lagi pada hari ini rata-rata mereka tidak banyak pengetahuan tentang wabak Covid-19 ini. Sangat membimbangkan.

“Warga asing juga duduk dalam kumpulan besar dalam keadaan sempit, jadi ianya senang juga merebak. Yang kes tabligh pula, pada masa kini, pastinya mereka-mereka ini yang belum lakukan pemeriksaan pastinya sudah terdedah dengan macam-macam dan kontak lain.

“Jadi kita akan siasat dengan penuh rapi dan berhati-hati,” ujarnya lagi.

Petugas KKM mengarahkan warga asing yang membuat pemeriksaan kesihatan beratur dengan jarak satu meter bagi membendung penularan wabak Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di Pasar Borong Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 MAC 2020.

Beberapa orang warga asing yang ditemui sempat juga kelihatan masih keliru dengan pandemik Covid-19 apatah lagi melibatkan penguatkuasaan kerana ada dalam kalangan mereka tinggal di negara ini secara haram.

Serbuan merangkap pemeriksaan kesihatan itu pada awalnya menyebabkan keadaan pasar borong itu gamat kerana ada juga cuba melarikan diri kerana menyangka ia ia operasi penguat kuasa Jabatan Imigresen.

Bagaimanapun apabila diterangkan, kebanyakan mereka tampil dengan dokumen di tangan untuk diperiksa secara rela.

Anggota Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan warga asing yang bekerja membuat pemeriksaan kesihatan bagi membendung penularan wabak Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di Pasar Borong Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 MAC 2020.

Pada masa ini, selain KKM beberapa agensi lain seperti DBKL juga agresif dalam menjalankan operasi terutamanya di lokasi-lokasi panas seperti pasar borong, premis kedai, PPR sekitar ibu kota bagi membendung Covid-19.

Selain warga asing, pegawai penguat kuasa DBKL juga mencari gelandangan bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap golongan yang dianggap berisiko tinggi dijangkiti dan menjangkiti kontak lain.

Petugas KKM menemubual salah seorang warga asing yang membuat pemeriksaan kesihatan bagi membendung penularan wabak Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di Pasar Borang Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 MAC 2020.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga digunakan sepenuhnya dengan operasi 24 jam secara mengejut bukan sahaja terhadap rakyat yang gagal mematuhi arahan sebaliknya fokus terhadap kumpulan warga asing serta gelandangan pada masa sama. –MalaysiaGazette

Hampir 500 pekerja asing Pasar Borong KL jalani saringan Covid-19

 

Warga asing bebas di Pasar Borong Selayang undang bahaya

 

2 Komen

  1. Saring semua warga petaling…lembah pantai dan kawasan panas…serta merta…kawalan had pergerakan….

  2. Selepas diberitakan percuma untuk saringan kepada warga asing, maka ramai warga asing tampil, sepatutnya dari awal lagi diumum perkara ini.

Comments are closed.