Exco Pemuda UMNO, Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo.

KUALA LUMPUR – Pakar bedah kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di United Kingdom (UK), Dr. Nur Amalina Che Bakri menegur tindakan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali Papagomo kerana didakwa cuba mempolitikkan isu kesihatan.

Katanya, apabila beliau memberi ulasan tidak bersetuju minum air suam boleh mencegah wabak Covid-19, tiba-tiba dirinya ‘diserang’ oleh Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu dengan alasan kenyataannya dijadikan modal oleh pembangkang menghentam Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba.

“Encik Azri, terlebih dahulu saya mahu minta jangan politikkan isu kesihatan. Saya bekerja sebagai Specialist Registrar bukan doktor praktikal. Encik Azri tahu tak beza specialist dengan houseman?

“Saya bekerja di hospital dan merawat pesakit Covid-19 di tempat kerja saya. Tak perlu rasanya saya hendak tunjuk CV atau membandingkan siapa yang mempunyai lebih pengalaman.

“Etika doktor perubatan mengatakan kami perlu mengikut evidence-based medicine apabila memberi kenyataan dan kenyataan yang saya buat bukan saya buat sendiri, tetapi ia adalah saranan WHO dan daripada pakar virologi dan mikrobiologi dari seluruh dunia,” katanya menjelaskan kritikan Wan Muhammad Azri menerusi akaun Twitternya hari ini.

Semalam, Papagomo menerusi rakaman videonya menegur Nur Amalina yang memberi respon kepada kenyataan Adham berhubung minum air suam.

Nur Amalina dilaporkan berkata, tiada bukti menyatakan air suam mampu menyahaktif virus.

Berikutan komen itu, pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang kini menjadi membangkang ‘menyerang’ Adham dengan pelbagai kritikan dan sindiran.

Menurut Nur Amalina, beliau tidak keseorangan menyatakan perkara berasaskan fakta, apabila doktor dari Malaysia iaitu Dr. Rafidah Abdullah dan Dr. Imelda Balchin juga memberi kenyataan sama.

“Mereka berdua mempunyai berpuluh tahun pengalaman. Adakah pendapat mereka tidak sah juga? Kenapa tidak tag mereka di sini? Cukup-cukuplah anda dan rakan-rakan anda tag saya di sini, please move on.

“Saya tidak kata pun tak payah minum air, saya sudah cakap minum air itu bagus untuk hidrasi. Tapi saya cuma betulkan fakta sahaja.

“Jadi, minumlah air. Tidak ada siapa yang nak larang. Saya doakan anda semua sihat dan selamat. Please just move on. We have better things to do,” katanya.

Sementara itu, Wan Muhammad Azri dalam jawapan balasnya, mengucapkan terima kasih atas penjelasan Nur Amalina.

Apapun, katanya, isu air suam itu sudah dijadikan modal PH menyerang Menteri Kesihatan.

“Untuk makluman doktor juga tidak ada jentera cybertroopers yang menyerang doktor, melainkan individu-individu yang tidak bersetuju dengan pendapat doktor tempoh hari.

“Walau apapun, doktor tetap saya jadikan contoh untuk anak-anak perempuan saya agar berjaya jadi doktor seperti anda.

“Semoga anda membantu negara walaupun nun jauh di perantauan dan dapat faham politik PH yang akan gunakan doktor sebagai modal untuk mereka berpolitik,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Saya hanya bagi nasihat dengan niat baik, kata Amalina

3 Komen

  1. Pakar Dr Amalina ni pun bukan ada faedah bagi pesakit di Malaysia, dia doktor di luar. So buatlah kerja awak di sana. Biar kepakaran dr-dr yang ada di sini saja menguruskan pesakit Covid-19 ini di sini.

  2. Di China ketika wabak ini melanda, pakar pakar perubatan asal China yg bekerja di US dan Canada pulang ke China membantu kerajaan menentang Covic19. Si Amalina ni setakat duk kutuk depan PC jer laaa..tu Dr.2 dan nurse yg kerja 18 jam melawan virus jauh lebih bagus dari dia ni. Dah lah belajar kat UK dapat biasiswa pembayar cukai rakyat Malaysia..lastly duk serve warga asing kat UK..balik laaaa…bantu Dr. di Malaysia..setakat post depan PC jer tak de faedah laaa

Comments are closed.