Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Satu aplikasi akan dibangunkan untuk memudahkan contact tracing (penjejakan kontak) Covid-19 selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, aplikasi itu akan dibangunkan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan bagi membolehkan kementerian itu memaklumkan masyarakat yang telah terdedah kepada individu yang dijangkiti virus itu.

Beliau berkata, ia merupakan satu strategi mitigasi pasca PKP yang sangat penting.

“Satu app juga sedang dibangunkan dengan segera bersama @kkmm_gov untuk memudahkan contact tracing terutamanya selepas PKP tamat. The app will enable @KKMPutrajaya to alert people who have been exposed to those infected with COVID-19, an important mitigation strategy post MCO,’ kata dalam ciapan itu.

status KJ mengenai pembangunan aplikasi contact tracing selepas PKP dalam twitternya hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rembau itu menambah, bagi menambah kapasiti ujian saringan Covid-19, Kementerian Pengajian Tinggi (IPT) dan kementarian beliau telah menyediakan 10 makmal diagnostik tambahan di IPT dan hospital termasuk satu makmal bergerak yang boleh dihantar ke kawasan panas.

“Kesemua 10 makmal diagnosgik tambahan ini akan dapat melakukan 42,420 ujian saringan sebulan atau 1,414 uijian sehari.

“Selain itu, proses penilaian kit ujian Covid-19 yang dibangunkan oleh Mediven, sebuah syarikat tempatan akan dipercepatkan,” katanya dalam akaun Twitter. – MalaysiaGazette