Dr. Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mencadangkan kerajaan segera menyumbangkan sekurang-kurangnya RM3,000 seorang kepada golongan B40.

Presidennya, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, selain itu, tambahan RM1,000 diberikan kepada petugas barisan hadapan seperti doktor, jururawat, kakitangan kesihatan, polis dan anggota tentera.

Katanya, mereka ini terlibat secara langsung membantu kerajaan memerangi penularan wabak Covid-19 sehingga terpaksa menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagi melawan jangkitan penyakit Covid-19, ketahanan daya imunisasi seseorang adalah sumber kewangan yang mencukupi untuk mereka belanja seisi keluarga.

“Berapa sangatlah peruntukan sekali dikira ketika darurat kerana Covid-19. Sebelum ini banyak harta negara membazir kerana rasuah dan projek mega yang membazir.

“Apa guna bangunan pencakar langit kalau kesihatan rakyat tidak terjamin, rakyat miskin dan kehidupan tertekan,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Dr. Ibrahim berkata, bagi rakyat biasa, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Jelas beliau, pemberian segera itu yang dilakukan secara atas talian ketika tempoh PKPk ini akan menaikkan semangat rakyat untuk melawan Covid 19.

“Jika tidak ada bantuan kewangan, rakyat akan tertekan dan ubat pencegahan adalah duit yang seadanya.

“Kajian telah dibuat, bagilah apa ubat yang lain sekali pun, tanpa duit mencukupi untuk mengurus keluarga, daya tahan mereka pasti terjejas.

“Bila rakyat senang hati, tidak tertekan semua penyakit dapat dilawan secara positif dan berkesan,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.