KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan sebanyak 300,000 penutup mulut/hidung yang ditempah dari China sudah tiba dan telah mula djual.

Antara yang mula menjualnya termasuk KK Supermart.

“Bekalan kedua KK Supermart membabitkan sejuta penutup mulut juga dijangka tiba di Malaysia pada Jumaat atau Sabtu.

“Harga penutup mulut tiga lapis adalah RM9 untuk 5 keping (RM1.80 satu keping) di KK, lebih rendah berbanding harga siling RM2 yang diumumkan kerajaan sebelum ini.

“10 juta penutup muka yang ditempah (dan dibayar, bukan FREE ya) dari China oleh Kerajaan PN juga akan tiba tak lama lagi.

“Ianya akan diagihkan secara percuma kepada barisan hadapan serta rakyat,” katanya dalam laman sosial Facebook beliau sebentar tadi.

Najib Razak

Kata Najib lagi, banyak juga artikel-artikel yang telah dikeluarkan oleh media bagi menjelaskan mengapakah harga pengeluaran ‘facemask’  ini telah meningkat sebanyak 600 peratus sejak wabak Covid-19 bermula.

“Sebab itu, saya nak buat tawaran terbuka kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang masih bertanya kenapa harga ‘mask’ tidak dikekalkan pada harga 80 sen seunit seperti sebelum wabak bermula.

“Korang ada berapa stok mask 3-ply pada harga 80 sen?

“Beberapa NGO telah meminta saya menawarkan harga RM1 satu unit untuk stok korang untuk kita edarkan secara percuma kepada rakyat.

“Berapa stok korang ada? Kita mahu sapu semua pada harga RM1.00. Kita bagi chance korang untung margin 20 peratus,” ujarnya.

Sebelum ini, Pengerusi Eksekutif KK Group, Datuk Seri K.K. Chai berkata, sebanyak 300,000 penutup mulut yang ditempah dari China telah pun tiba di Malaysia dan mula dijual di KK Supermart.

“Selain itu, kami juga menempah termometer dan sarung tangan dari China yang akan dihantar melalui udara ke Malaysia,” katanya kepada Oriental Daily.

Menurutnya, KK Supermart menjual lima keping penutup mulut tiga lapis pada harga RM9, lebih rendah berbanding harga siling RM2 yang diumumkan kerajaan sebelum ini. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. agah najib ni. lesing kepala kan baru tahu. ph dah tumbang boleh lah cakap. kes awak pun nanti entah hilang begitu saja.

Comments are closed.