TERKINI : Terima Kasih UAE “Malaysia Bakal Terima Kit Ujian Covid-19” – Rosol Wahid

Putrajaya dijangka akan menerima kit ujian Covid-19 daripada negara Emeriah Arab Bersatu (UAE), tidak lama lagi.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid, ia diberitahu dalam Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

“Saya difahamkan dalam mesyuarat Kabinet semalam, kerajaan UAE mahu barang makanan dalam tin.

Itu keutamaan dia. Tapi kita tambah dengan stok gula yang kita ada. Ini sebagai nilai tambah kepada apa yang mereka minta.

“Ini sebagai tanda terima kasih kepada kepada kerajaan UAE yang mahu beri kit ujian Covid-19 kepada kita. Ini kerana kita kekurangan kit ujian itu dan dengan sumbangan ini kita akan dapat selesaikan masalah kekurangan kit ujian.