BEIJING – China melaporkan satu kes positif koronavirus yang dijangkiti secara domestik dalam tempoh tiga hari dan 54 kes import.

Kes-kes jangkitan yang diimport berpunca daripada rakyat yang pulang dari luar negara.

Beijing telah mengarahkan supaya penerbangan luar negara dikurangkan kerana bimbang boleh mencetuskan penularan wabak itu semula.

Sebanyak 55 kes dilaporkan semalam, susut berbanding 67 kes, menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan dalam satu kenyataan di sini.

Buat masa ini, sebanyak 81,340 kes yang disahkan di China dengan jumlah kematian sebanyak 3,292 dengan lima kes kematian baru.

Shanghai melaporkan paling banyak kes baru iaitu 17, diikuti Guangdong (12) dan masing-masing empat di Beijing dan Tianjin,

Suruhanjaya itu memaklumkan Shanghai sedang merawat 125 orang pesakit dari luar negara termasuk 46 tiba dari Britain dan 27 dari Amerika Syarikat.

Hubei masih mengekalkan sifar kes baru semalam, walaupun telah menarik semula sekatan pergerakan dan membuka semula sempadan-sempadannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast