Pengacara kontroversi, Azwan Ali atau lebih dikenali Diva AA bercakap kepada media selepas mengaku bersalah atas kesalahan menghina petugas KKM di Hospital Putrajaya di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 27 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – “Dayangku Intan,  memang betul sebab kamu Diva AA terkena macam ini (dituduh di mahkamah),” kata selebriti itu selesai membuat membuat bayaran denda kepada Mahkamah Majistret hari ini.

Bagaimanapun Azwan Ali berkata, tindakannya baru-baru ini yang mencetus kontroversi sehingga dihadapkan ke mahkamah hanya sekadar mempertahankan penyanyi yang dianggap sebagai ikon.

Namun beliau turut mengakui cara yang digunakannya itu salah.

“Bagi saya hormat dia (Dayangku Intan), dia diva saya, ikon saya. Dayang jika anda melihat ini memang betul sebab kamu Diva AA terkena macam ini (dituduh di mahkamah).

“Salahkah aku lindungi Dayangku Intan sebab dia artis yang berwibawa,” katanya lagi.

Beliau juga berkata sanggup berkorban untum rakan-rakan artis seperti Dayangku Intan. Diva AA sanggup berkorban untuk rakan-rakan artis aku,” tambahnya lagi.

Sebelum itu, Azwan keluar meninggalkan dari Kompleks Mahkamah pada tepat 3:36 petang tadi selepas selesai membuat bayaran denda yang dikenakan terhadapnya susulan video mengkritik petugas Hospital Putrajaya.

Untuk rekod Mahkamah Majistret hari ini mengarahkan selebriti itu membayar denda RM17,000 selepas didapati bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 233 Akta (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Ini susulan video yang dimuatnaiknya di Youtube tentang petugas Hospital Putrajaya bagi menangani Covid-19 yang pada mulanya dipertikaikan pada mulanya oleh Dayangku Intan.

Mengulas lanjut Azwan menjelaskan tiada masalah untuk membuat permohonan maaf dalam mahkamah tadi kerana mengaku dirinya telah melakukan kesalahan.

Malah beliau turut menghormati proses pertuduhan  terhadapnya pagi tadi.

“Permohonan maaf isu dah viral. Bila kita salah kita minta maaf. Apa masalah besarnya? Tidak ada masalah minta maaf di dalam mahkamah atau luar tidak ada apa-apa pada saya.

“Saya tetap teruskan hidup. Saya tidak kisah kena minta maaf bawah hujan, bawah pokok, tidak ada masalah, saya hanya ikut.

“Yang penting kita hormat kes (prosedur mahkamah), kena kes apa pun masuk mahkamah kena hormat, hormat hakim sebagai pembuat keputusan hormat peguam yang ada,” tambahnya.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Azwan Ali mengaku bersalah, didenda RM17,000