Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu wujudkan kerjasama strategik antara SKMM dan PDRM bagi menangani penularan berita tidak benar berkaitan Covid-19 agar rakyat tidak panik.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia perlu bagi mengekang penyebaran berita palsu.

Apa yang berlaku sekarang menjadi asas yang kukuh betapa Akta Anti Berita Tidak Benar perlu untuk negara dari mengekang berleluasanya penularan berita palsu, katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Zahid merujuk kepada laporan media perdana yang menyatakan banyak kertas siasatan telah dibuka oleh pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penyebaran berita tidak sahih Covid-19.

Sejak beberapa hari lalu banyak berlaku berita palsu terutama di media sosial berkaitan pandemik yang berlaku sehingga pihak berkuasa terpaksa menafikannya berkali-kali.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.