Foto hiasan
KUALA LUMPUR – Mulai hari ini orang ramai yang melalui sekatan jalan raya di ibu negara akan diperiksa suhu badan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.
Dalam ciapan di laman Twitter, Annuar berkata, anggota keselamatan yang bertugas akan dibekalkan dengan alat pemeriksaan suhu badan untuk mengenal pasti jika terdapat individu yang mempunyai simpton demam
“Yang ada tanda demam anda mungkin ditahan untuk dibawa ke pusat pemeriksaan lanjut,” katanya.
Langkah tersebut bagi membendung penularan pandemik Covid-19 yang kini telah mengorbankan 26 nyawa.Semalam Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat 12 tengahari terdapat 130 kes baharu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,161 kes.

Daripada jumlah tersebut, 54 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 34 kes pula memerlukan bantuan pernafasan.

Rakyat Malaysia kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April ini manakala dua kawasan di Simpang Renggam, Johor pula berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.