Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Mohd Hisamudin Yahya (kiri) menyampaikan sumbangan Peralatan Pelindungan Diri (PPE) kepada Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya, Dr. Muhd Siv Azhar Merican Abdullah (tengah) untuk para petugas barisan hadapan Hospital Putrajaya bagi menangani wabak Covid-19 di Lobi Hospital Putrajaya, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 28 MAC 2020

PUTRAJAYA – Mendapat khabar Hospital Putrajaya mengalami kekurangan kelengkapan keselamatan peralatan perlindungan diri (PPE), Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pantas menghulurkan sumbangan.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu hari ini menyumbang 400 PPE bagi menampung keperluan peralatan itu ekoran penularan Covid-19.

“Ini untuk kegunaan di Hospital Putrajaya memandangkan maklumat yang diberikan kepada Datuk Seri Tengku Adnan bekalan ini tidak mencukupi.

“Kami terus tempah dan dapat pada hari ini dan segera berikan,” kata Datuk Mohd Hisamudin Yahaya yang mewakili Tengku Adnan selepas menyampaikan sumbangan tersebut kepada Dr Muhd Siv Azhar Merican Abdullah.

Kesemua sumbangan itu dianggarkan bernilai RM80,000.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Mohd Hisamudin Yahya bercakap kepada media selepas menyampaikan sumbangan Peralatan Pelindungan Diri (PPE) di lobi Hospital Putrajaya, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 28 MAC 2020

Mohd Hisamudin yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya berkata, sekiranya pihak hospital memerlukan sebarang bantuan, mereka boleh menghubungi Tengku Adnan.

“Pesan Tengku Adnan sekiranya ada bantuan lain yang diperlukan sila hubungi beliau supaya dapat mencari bekalan yang perlu untuk kegunaan hospital.

“Beliau sedia untuk membantu pihak hospital dan semua penduduk Putrajaya sekiranya memerlukan apa-apa bantuan,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Alhamdulillah..Terbaik Tengku Adnan wlpun dituduh oleh musuh2 politik beliau namun DTA tetap ikhlas membantu sesiapa shj yg perlukan bantuan beliau..inilah kewibawaan seorg pemimpin UMNO yg hebat dan tidak pentingkan diri sendiri dan juga memahami mslh rakyat..Tahniah Dato

  2. Alhamdulillah Tengku, tk banyak2… mulut nak minta malu, kalau ada lebih, berlebih2 lah lagi menyumbang… tapi kalau ikut mulut mcm si sape2 lah, level tengku lau tak juta tak main pe…

Comments are closed.