Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengesahkan laporan media mengenai senarai kawasan didakwa akan menjalani perintah berkurung bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah satu berita tidak benar.

Beliau berkata kenyataan itu tidak dikeluarkan oleh pihaknya dan tidak pasti dimana pihak berkenaan mendapatkan maklumat mereka.

“Masih banyak berita palsu di luar sana ketika ini, termasuk kononnya ada senarai kawasan yang bakal dilaksanakan perintah berkurung secara total seperti diterbitkan dalam laporan The Edge.

“Laporan itu menyebut ia seolah-olah kenyataan daripada saya, justeru saya nak tegaskan ia berita palsu.

“Hanya kenyataan media setiap hari selepas mesyuarat seperti hari ini yang akan dikeluarkan (mengenai apa-apa perkara),” kata Menteri Pertahanan merangkap menteri kanan itu dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP hari ini.

Untuk rekod, kerajaan hanya melaksanakan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terhadap dua kawasan terjejas Covid-19 iaitu di Simpang Renggam.

Ia membabitkan laluan utama Kampung Dato’ Ibrahim Majid and Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast