ACP Azhan Abdul Halim

BATU PAHAT – Seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), di sini, hari ini dipercayai didera pengasuhnya.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata susulan kematian kanak-kanak itu pada 7.15 pagi tadi, polis kemudian menahan pengasuh berumur 33 tahun itu bersama suaminya yang berumur 41 tahun bagi membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan awal turut mendapati abang mangsa yang berumur enam tahun turut dipercayai didera berdasarkan kesan lebam pada badannya.

“Pihak polis berjaya menyelamatkan abang mangsa dan dia kini sedang dirawat di hospital sama. Hasil pemeriksaan mendapati, dia berada dalam keadaan stabil,” katanya menerusi kenyataan.

Azhan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana dera.

Difahamkan ibu kepada dua kanak-kanak berkenaan yang juga ibu tunggal menyerahkan anaknya kepada pengasuh terbabit untuk dijaga kerana bekerja.

— BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast