Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Dakwaan seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) kononnya rakyat yang layak menerima bantuan Pakej Prihatin perlu mendapatkan sokongan Ketua Bahagian UMNO Bahagian adalah fitnah.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berulang kali menyatakan, bantuan itu adalah untuk semua dan tidak ada siapa ditinggalkan.

Tegas beliau, Pakej Prihatin yang diumumkan itu bukan bantuan yang hendak dilaksanakan mengikut jalur politik.

“Semalam, ada seorang ahli parlimen pembangkang membuat ciapan dalam akaun Twitternya dengan melemparkan fitnah, penerima bantuan mesti mendapatkan sokongan UMNO Bahagian terlebih dahulu.

“Itu adalah fitnah, tidak benar,” tegasnya di sini hari ini.

Annuar berkata, bagi penjaja dan peniaga kecil yang tinggal di Wilayah Persekutuan Labuan, akan mendapat bantuan sekali dapat (one-off) dengan menghubungi Perbadanan Labuan.

Begitu juga katanya, golongan sasar yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan menerimanya dari kerajaan tanpa perbezaan fahaman politik.

“Fitnah begini tak usahkan (pembangkang) mainkan. Walaupun kita berbeza parti politik, soal kesihatan, nyawa dan kebajikan rakyat harus merentasi sempadan politik,” kata beliau.

Mengenai penularan wabak Covid-19, beliau menjelaskan, virus itu hanya boleh dikawal dan dicegah sekiranya semua pihak memberi kerjasama serta mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ini katanya, cabaran bagi warga Wilayah Persekutuan dan setakat ini belum ada ubat untuk mematikan virus itu melainkan rakyat mengikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jelas beliau, PKP dilaksanakan untuk memutuskan rantaian jangkitan virus itu termasuk menjaga penjarakan sosial (social distancing) sepanjang masa.

“Ini cabaran kepada kita warga Wilayah untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan memutuskan rantaian jangkitan virus ini. Tidak ada ubat setakat ini melainkan pelaksanaan PKP untuk menghalang daripada merebak.

“Wilayah adalah kawasan bandar raya, penduduk yang padat dan sebahagian besarnya tinggal di rumah pangsa, kondominium dan di pusat bandar yang mana pergaulannya agak intensif.

“Tapi tidak ada apa yang boleh dibuat, melainkan kita memberikan kerjasama berasaskan kepada kesedaran untuk menjaga diri kita, keluarga kita dan jiran tetangga. Hanya kita yang boleh mengatasi penularan wabak ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Maklum laaa.. Dulu menang pun sbb menipu jadi menipu ni dah jadi darah daging agaknya.. Insaf la selagi pintu taubat masih terbuka.

  2. Abg hensem yg pasti berpuluh kes saman fitnah yg dimenangi oleh pemimpin ph.
    Ini fakta..

  3. Sebagai kerajaan inilah masa nya bukti kan kebenaran….
    Saman pemimpin ph tu.

    Tapi pengkhiatan & pembohongan muhyidin kepada ydpa telahpun dibuat laporan polis oleh pemimpin ph.

    Harap2 kes ini segera dibuka.

    Biar rakyat tahu.

  4. Dalam suasana kritikal ini wakil rakyat PH nak tabur fitnah. Wahai wakil rakyat terlibat sedarksh Anda virus Corona tak pandang pati politik, agama, bangsa untuk dijangkiti. Sedarkah wakil rakyat PH terlibat, Kerajaan PH adalah punca penyebatan wabak Corona diMalaysia. Apabila rakyat hampir 300,000 sarankan tutup pintu bagi pelancong Dari cina masok, Kerajaan PH sibuk jawatan PM Dan TIDAK PEDULIKAN Rakyat. . Bila PN jadi Kerajaan asyik pertiksian gantian diberikan kepada rakyat. Adalah sumbangan PH untuk atasi Corvit19 ini. Musahabah diri Dan Tanya apakah sumbangan saya kepada Negara bagi mengatasi corvit 19 ini

Comments are closed.