Jumlah kes Covid-19 di China meningkat semula, dibawa oleh rakyatnya yang baru balik dari luar negara. foto Agensi

BEIJING – China melaporkan sebanyak 48 kes baru koronavirus import semalam, membawa jumlah kes yang diimport meningkat kepada 771, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara.

Daripada 771 kes yang diimport, 667 pesakit masih dirawat, termasuk 18 kes dilaporkan teruk, manakala 104 pesakit telah dibenarkan keluar.

Tiada kes kematian direkodkan semalam.

Suruhanjaya itu berkata, seramai 183 orang di negara ini masih disyaki dijangkiti virus itu.

Tetapi tiada kes baru dilaporkan di Wuhan, bandar di wilayah Hubei yang paling teruk dilanda wabak tersebut.

Hubei pula merekodkan satu kematian baru, yang dilaporkan di Wuhan pada hari Isnin.

Setakat ini sejumlah 282 pesakit Covid-19 telah dibenarkan keluar hospital semalam, menjadikan angka keseluruhan pesakit yang pulih sehingga semalam ialah 76,056.

Manakala kes positif pula 81,518 kes dan 3,305 dilaporkan meninggal dunia. – MalaysiaGazette